Awas Indeks Persepsi Rasuah

Iklan
Laporan Sinar Harian hari ini berkaitan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia yang jatuh ke tangga 57 dunia bagi 2020.

AWANG tak faham sangat pasal Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI).

Menurut akhbar ini, CPI menurun bagi Malaysia. Tahun 2019 skornya 53/100, tahun 2020 jatuh pada 51/100.

Iklan
Iklan

Bagi kedudukan di antara 180 negara di dunia, kita jatuh pada kedudukan 57 berbanding 51 tahun 2019.

Secara mudahnya berlaku kemerosotan. Itu yang patut kita baiki. Memang kita ada masalah rasuah.

Iklan

Banyak kes rasuah di mahkamah sekarang. Banyak orang politik kita yang hadapi tuduhan terbabit rasuah.

Banyak orang tanya,"jadi apa nak buat?” Kata orang utara keadaan dah jadi macam"pi mai pi mai tang tu juga”.

Iklan

Kerajaan boleh berubah, tapi keadaan rasuah tak ada bezanya. Rasuah macam dah jadi ‘budaya’ dalam masyarakat kita. Orang dah tak kisah.

Ada yang kata jikalau ‘kepala’ terbabit rasuah ‘ekor’ apa lagi. Jikalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari, kata orang.

Kalau yang bawah ambil RM1,000 yang atas ambil RM10,000 yang paling atas tentu ambil RM1 juta.

Zaman sekarang rasuah babitkan beratus juta dan berbilion ringgit. Orang sekarang puja mereka yang dituduh rasuah. Taraf mereka macam selebriti. Awang fikir budaya tak malu itu yang kena dibetulkan.

Awang sokong sangat jihad menentang rasuah oleh akhbar ini. Pengerusi Kumpulan Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub dah lancar Sinar Rasuah Busters.

Rakyat kena sokong sepenuh hati!