Karnival Kebajikan Bukit Bintang batal

Iklan
Chai bersama penerima sumbangan pada Karnival Kebajikan Bukit Bintang ke-15.

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan Harmoni Bukit Bintang Kuala Lumpur telah membatalkan penganjuran karnival Kebajikan Bukit Bintang ke-16 pada tahun ini susulan penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Presidennya, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, karnival berkenaan terpaksa dibatalkan meskipun segala persiapan telah dibuat.

Iklan
Iklan

"Setelah mengambil kira pelbagai aspek untuk mengurangkan risiko ditetapkan kerajaan, kami mengambil keputusan membatalkannya untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun, Chai berkata, pandemik itu tidak menjadi penghalang untuk beliau meneruskan program amal yang lain.

Iklan

"Sepanjang pandemik, beliau aktif memberi bantuan dan sumbangan barang keperluan kepada masyarakat yang memerlukan.

"Rumah kebajikan warga tua, rumah anak yatim, sekolah, gelandangan dibekalkan dengan pelitup muka dan penyembur pembasmi kuman bagi membantu mereka berhadapan dengan wabak tersebut,” katanya.

Iklan