10 tahun simpan mayat ibu dalam peti sejuk

Iklan
Apartment didiami suspek yang menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk di Tokyo, Jepun. - Foto Agensi

TOKYO - Polis di Jepun menahan seorang wanita selepas menjumpai mayat ibunya yang disembunyikan dalam sebuah peti sejuk di sebuah apartment di Tokyo.

Suspek, Yumi Yoshino, 48, berkata, dia menemui ibunya meninggal dunia dan menyembunyikan dalam peti sejuk sejak 10 tahun lalu kerana 'enggan berpindah' dari rumahnya itu.

Iklan
Iklan

Polis berkata, pihaknya tidak menemui sebarang kecederaan selain waktu dan punca kematian wanita yang disimpan dalam peti sejuk terbabit.

Mayat itu dilaporkan dijumpai oleh seorang tukang cuci selepas Yoshino dihalau keluar kerana tidak mampu lagi membayar sewa apartment.

Iklan

Tambah polis, mayat itu ditemui dalam keadaan membengkok dalam peti sejuk.

Yoshino telah ditangkap di sebuah hotel di bandar China berhampiran Tokyo pada Jumaat lalu. - Agensi

Iklan