Golongan agama diajak bersama perkukuh pemahaman terhadap al-Quran

Iklan
Hussamuddin tampil dalam program bertajuk 'Corruption: A Deadly Virus' yang disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial @realchunwai pada Jumaat.

SHAH ALAM - Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mengajak golongan agamawan untuk memperkukuhkan pemahaman terhadap al-Quran bagi mengajak umat Islam menolak rasuah.

Jelas beliau, kitab suci bagi umat Islam itu merupakan satu panduan untuk menjalani kehidupan di dunia dan sebagai persediaan untuk menghadapi kematian.

Iklan
Iklan

"Bagi saya kebanyakan guru agama tidak benar-benar memahami agama kerana untuk memahami Islam kamu kena kembali kepada panduan asas iaitu al-Quran.

"Al-Quran adalah panduan yang melorongkan jalan hidup kita dan memberi kita panduan untuk menjalani hidup dan buat persiapan untuk berdepan kematian.

Iklan

"Tuhan pula anugerahkan satu lagi nikmat iaitu sunnah. Tapi saya fikir kebanyakan guru agama membaca kitab lain dan tidak benar-benar memahami al-Quran.

"Ia ditambah dengan ilmu pengetahuan yang tidak cukup dan bagaimana ilmu itu disampaikan. Jadi maknanya, perkara yang remeh dibesar-besarkan dan yang besar diremeh-temehkan.

Iklan

"Yang penting, al-Quran perlu disematkan dalam hati dan minda dan kita tidak akan ada masalah besar," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program bertajuk 'Corruption: A Deadly Virus' yang disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial @realchunwai pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Jihad perangi rasuah bukan bersifat retorik

Sikap tidak peduli faktor rasuah semakin berkembang: Johan Jaaffar

Program bual bicara itu dihoskan bekas Penasihat Kumpulan Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Turut serta sebagai panelis dalam program yang diadakan dengan kerjasama Asia News Network (ANN) itu ialah Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.

Pada 16 Januari lalu, Hussamuddin melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

Ia merupakan satu gerakan reformasi moral daripada rakyat untuk rakyat dan negara, tanpa sebarang agenda politik.

Hussamuddin berkata, khutbah Jumaat dan kuliah agama perlu dijadikan sebagai satu kaedah terbaik untuk mendidik hati manusia dan tidak seharusnya sekadar retorik semata-mata.

"Jadi saya fikir khutbah yang dibacakan pada setiap Jumaat, bagi sesetengah orang macam saya, saya dah berusia 66 tahun, sekurang-kurang saya sudah mendengar khutbah sejak berusia 55 tahun.

"Kalau ia tidak mengubah saya, mungkin hati saya sudah keras seperti batu atau sesuatu yang tidak kena dengan khutbah, jadi kita mesti nilai semula.

"Satu perkara lagi, saya berpandangan terdapat beberapa guru agama merupakan retorik, tidak ada isi.

"Saya tahu orang agama akan marahkan saya dengan kenyataan ini tapi bagi saya, saya sudah pergi jauh begini, saya tidak takut hilang apa-apa dan saya tak kan pandang ke belakang semula,” katanya.