SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 pada malam Ahad.
Perutusan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro Awani, TV Alhijrah dan TV3 pada 9 malam.
Perkara itu dikongsikan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam laman Facebook rasminya pada Sabtu.