Fuziah setuju istilah pengganas ditafsir lebih jelas

Iklan
Fuziah Salleh

KUANTAN - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh mengakui ada keperluan istilah pengganas didefinisikan secara lebih jelas bagi mengelakkan ia terus disalah tafsir terutama oleh masyarakat Barat yang sering mengaitkannya dengan agama Islam.

Menurutnya, tafsiran yang jelas dapat membantu menangani pandangan serong masyarakat Barat terhadap agama dan masyarakat Islam khususnya.

Iklan
Iklan

"Pengganas ini ialah orang yang mengganas, menceroboh kawasan atau kepentingan orang lain, orang yang tidak mengiktiraf hak orang lain seperti di Palestin, dengan pencerobohan Israel,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selaku panel pada Forum Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) bertajuk 'Siapa Pengganas dan Potensi Salah Guna Kuasa' di Petaling Jaya di sini, semalam.

Iklan

Antara lain, Mohd Asri berkata, ketiadaan takrifan jelas tentang istilah pengganas menyebabkan istilah tersebut dikaitkan dengan Islam.

Terdahulu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengunjungi rumah anak-anak yatim 'Rapha Children Home' sempena Tahun Baru Cina yang turut disertai ADUN Teruntum, Sim Chon Siang. - Bernama

Iklan