JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam berangkat menghadiri Program Anak Muda Bangsa Johor peringkat Daerah Johor Bahru, hari ini.
Program anjuran Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) diadakan di Kampung Sungai Melayu Tebrau di Bakar Batu, di sini.
Iklan
Iklan
Pada program berkenaan, Tunku Ismail para belia serta sukarelawan melakukan kerja gotong-royong membersihkan sungai.
Iklan
Program tersebut secara tidak langsung mengajak serta mendidik masyarakat untuk menghargai alam sekitar dan tidak sewenang-wenang membuang sampah-sarap merata-rata.
Iklan
Penganjurannya juga sekali gus memupuk kesedaran tentang pentingnya aspek kebersihan.