Saringan RTK-Ag Covid-19 serendah RM30 untuk penduduk PD

Iklan
Penduduk di Port Dickson berpeluang menjalani saringan Covid-19 menggunakan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) dengan bayaran serendah RM30. Foto 123RF

SEREMBAN - Penduduk di Port Dickson berpeluang menjalani saringan Covid-19 menggunakan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) dengan bayaran serendah RM30.

Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson dalam kenyataan di sini pada Sabtu, memaklumkan tawaran berkenaan dibuat bertujuan meringankan beban rakyat selain bagi mencegah penularan Covid-19.

Iklan
Iklan

"Inisiatif ini mendapat kerjasama syarikat Selgate Corporation. Tarikh untuk menjalani ujian ini akan dimaklumkan kelak.

"Untuk maklumat lanjut, masyarakat boleh menghubungi pejabat Parlimen di pd132.wasap.my dan pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang Parlimen Port Dickson di www.parlimenpd.com," menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan
Iklan