JAKARTA - Indonesia mencatatkan 14,518 jangkitan baharu Covid-19, menjadikan kes harian tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.
Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, covid19.go.id., kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 1,066,313 kes manakala pesakit yang sembuh berjumlah 862,502 orang.