Gunting rambut PKP

Iklan
Seorang penjawat awam, Mohd Shahrill Basri, 26, memotong rambut rakan serumahnya Adam Amir Hamzah, 27, di taman perumahan mereka memandangkan tiada kedai perkhidmatan gunting rambut dibuka ketika tinjauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Kerajaan akan mempertimbangkan untuk membuka beberapa sektor ekonomi termasuk operasi kedai gunting rambut dan kedai cuci kenderaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun keputusan itu akan dibuat berdasarkan pertimbangan semua pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Iklan
Iklan