Golongan muda, masyarakat diseru bantu SPRM banteras rasuah

Iklan
Bersatu

SHAH ALAM - Golongan muda dan masyarakat diseru membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara sukarela membanteras rasuah dan salah guna kuasa yang telah kritikal serta menjadi wabak di negara ini.

Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abdul Mutalib Hasan berkata, mereka tidak perlu khuatir kerana pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Iklan
Iklan

"Tidak kira ikan bilis atau jerung besar, sekiranya siasatan membantu SPRM membuktikan seseorang itu bersalah, mereka akan dituduh di mahkamah mengikut proses undang-undang sedia ada.

"Usaha SPRM bagi memperkasakan peranannya dengan mengukuhkan tiga fungsi utama agensi itu iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan pendidikan dalam membanteras gejala rasuah di negara ini harus disokong sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Pada 16 Januari lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

Ia merupakan satu gerakan reformasi moral daripada rakyat untuk rakyat dan negara, tanpa sebarang agenda politik.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Semua pihak perlu bangkit menentang rasuah

Jihad untuk menghapuskan rasuah

Mengulas lanjut, Abdul Mutalib berkata, pemuda parti itu menyokong usaha dibuat oleh Hussamuddin yang bertujuan membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung masalah rasuah.

"Pemuda Bersatu melihat dengan kempen Rasuah Busters ini, rakyat pelbagai latar belakang dan fahaman politik diharap menjadi mata dan telinga serta mempunyai keberanian untuk melaporkan kes salah laku rasuah kepada pihak berwajib.

"Bersama-sama kita menyokong gerakan Sinar Rasuah Busters,” katanya.