Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 133 orang

Iklan

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 133 orang pagi Ahad berbanding 26 mangsa malam Sabtu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan sebanyak tiga PPS kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak Sabtu.

Iklan
Iklan

Bahagian Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 106 orang di dua PPS, manakala Samarahan menempatkan 27 orang di sebuah PPS.

Setelah 10 hari situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, sebuah PPS kembali dibuka di Simunjan di bahagian Samarahan pada Sabtu susulan hujan lebat sejak beberapa hari lepas di negeri ini. - Bernama

Iklan
Iklan