Budak maut didera: FB milik ibu kandung 'diserang'

Iklan
Tangkap layar komen Facebook dipercayai milik ibu kandung kanak-kanak berkenaan.

SHAH ALAM - Akaun Facebook yang dipercayai milik ibu kandung kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang maut dipercayai didera diserang warganet.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan marah dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Iklan
Iklan

Ada juga di antara mereka yang membalas setiap posting dan ruangan komen Facebook yang dipercayai milik wanita tersebut.

Menurut seorang pelayar, Jun Ha, beliau mempersoalkan mengapa wanita itu mengambil semula anaknya sedangkan kanak-kanak berkenaan sudah pun bahagia dengan keluarga angkatnya.

Iklan

"Kalau tak sayang, kenapa ambil dia dari keluarga angkatnya. Mak macam apa kau ni. Sepatutnya kau pelindung untuk anak kau. Kau tak layak digelar mak. Kesian arwah.

"Arwah lagi bahagia bersama keluarga angkat daripada kau mak kandung dia sendiri. Semoga kamu dapat balasan,” katanya menerusi ruangan komen Facebook wanita itu pada Ahad.

Iklan

Pada Jumaat, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya pada petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, bagaimanapun, siasatan mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa dengan kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut lemas dalam tong disyaki didera

Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari

Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak