KULIM - Polis berjaya menumpaskan sindiket dadah terbesar tahun ini bernilai RM3.67 juta dan menahan empat individu termasuk seorang wanita dalam tiga serbuan serentak sekitar Kedah dan Pulau Pinang, Rabu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, antara dadah yang dirampas termasuk ekstasi seberat 11.18 kilogram (kg), ketamin (17.8kg), erimin 5 (20.22kg), mushroom (410 gram) dan minuman jus (20.15kg)