Ibu kandung pernah dapatkan rawatan psikiatri

Iklan
Antara laporan Sinar Harian berkaitan kes seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya pada petang Jumaat.

MELAKA - Ibu kandung kanak-kanak yang maut pada Jumaat, selepas dipercayai didera pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri tetapi tidak disahkan sebagai pesakit mental.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, suspek pernah mendapatkan rawatan pada tahun 2019 di Hospital Melaka tetapi hanya rawatan biasa.

Iklan
Iklan

"Dia tidak disahkan pesakit mental seperti yang didakwa," katanya ketika dihubungi di sini, pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut lemas dalam tong disyaki didera

Iklan

Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak

Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari

Iklan

'Adik tak banyak kerenah'

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu, didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

Tambah beliau, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengikut undang-undang.

Sementara itu kakak angkat mangsa, Tufah Naziha Tarmidi, 26, yang sedang mengandung empat bulan berkata, dia mengenali ibu kandung mangsa berusia 32 tahun ketika melanjutkan pengajian di salah sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini pada tahun 2013.

"Saya mula mengenali dia (ibu kandung) selepas kami mengambil jurusan sama iaitu Diploma Bimbingan Kaunseling namun ketika itu saya di tahun satu manakala dia senior saya.

"Terkilan dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap adik dan tak dapat bantu umi untuk pertahankan adik," katanya.