Covid-19: Kem PLKN Sri Ledang akan dijadikan PKRC baharu

Iklan
Datuk Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU- Kerajaan negeri bersedia menjadikan Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sekiranya berlaku peningkatan luar biasa jangkitan Covid-19 di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pengoperasian PKRC tersebut dijangka memudahkan agensi terlibat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguruskan kes individu yang dijangkiti Covid- 19 berikutan jumlah pesakit positif dilaporkan semakin meningkat kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

"Bagi PKRC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang mula beroperasi pada Ahad (hari ini) mempunyai 1,200 katil termasuk kemudahan tandas dan bilik mandi dan dibangunkan mengikut konsep PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor

"Jumlah katil dan kemudahan yang bakal disediakan di Kem PLKN Sri Ledang belum dapat dipastikan kerana masih lagi dalam perbincangan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya pada sidang akhbar secara maya pada Ahad.

Iklan

Menurut Hasni, PKRC Stadium Tertutup MBPG dan Kem PLKN Sri Ledang yang akan dibuka kelak menunjukkan Johor masih lagi mampu menampung jumlah pesakit positif Covid- 19.

"PKRC Stadium Tertutup MBPG bukan sahaja PKRC tetapi juga mempunyai kemudahan untuk CAC (Pusat Penilaian Covid-19), supaya saringan dapat dibuat dengan lebih meluas sebelum pesakit Covid- 19 bagi tahap satu dan dua boleh terus berada di rumah.

Iklan

Bagi pesakit Covid- 19 tahap tiga, empat dan lima boleh dihantar ke pusat-pusat perubatan hospital kerajaan atau swasta selepas saringan dibuat,” katanya.