MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua adik-beradik kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia disyaki akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya pada Jumaat lepas.
Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka, Datuk Latipah Omar berkata, permohonan itu akan dibuat pada Isnin bagi memastikan kebajikan dua beradik tersebut terpelihara.