KKM nafi tular SOP lebih ketat

Iklan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan penularan kandungan WhatsApp berhubung pemakluman prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat mulai 4 Februari depan.

KKM, dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad memaklumkan, kandungan yang sedang tular di aplikasi tersebut adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

Antara kandungan tersebut, kerajaan berharap semua orang dapat bertahan daripada kesulitan ekonomi selama enam bulan ke hadapan adalah palsu.

Dalam pada itu, antara kandungan ditularkan ialah seorang sahaja dibenarkan di dalam satu kenderaan dan pergerakan terhad 10 kilometer.

Iklan

"Bayaran kemasukan ke hospital sehari RM110 kepada pesakit dan Pusat Pengasingan Ambulans sebanyak RM80,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya berharap agar semua pihak tidak menyebarkan kandungan tersebut di setiap platform media sosial.

Iklan