PM junjung kasih Al-Sultan Abdullah sempena ulang tahun kedua

Iklan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat negara ini merafak sembah dan menjunjung kasih sempena ulang tahun kedua Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat negara ini merafak sembah dan menjunjung kasih sempena ulang tahun kedua Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Ahad.

Muhyiddin turut mendoakan Al-Sultan Abdullah untuk terus beroleh keberkatan berkekalan.

Iklan
Iklan

"Ampun Tuanku. Hari ini 31 Janauari 2021 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1442H genap dua tahun Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

"Patik mewakili seluruh rakyat Malaysia berdoa semoga Tuanku terus beroleh keberkatan, kemakmuran dan kesihatan yang berkekalan sebagai Payung Negara. Daulat Tuanku. Menjunjung Kasih Tuanku,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau.

Iklan

Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam, menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 15 Januari 2019.

Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja 24 Januari 2019 dan melafaz sumpah serta menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019. - Bernama

Iklan