Nelayan Membaiki Pukat

Iklan

Nelayan pantai, Zaidi Abidin, 45, mengisi masa terluang dengan membaiki pukat yang koyak semasa ditemui di Kampung Cempaka, Kuantan, hari ini.

Kebanyakan nelayan di situ tidak dapat turun ke laut akibat gelora demi menjaga keselamatan walaupun pendapatan harian terjejas.

Iklan
Iklan

Jabatan Meteorologi Malaysia, hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Johor timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah timur dan barat serta Labuan sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil. - Foto Bernama

Iklan
Iklan