Isu rasuah wajar diberi penekanan dalam kuliah agama

Iklan
Kamarudin Abdullah

SHAH ALAM - Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) menyifatkan saranan untuk mewajibkan penceramah agama memberi penekanan mengenai isu integriti dan menyalahgunakan kuasa dalam kuliah agama adalah satu tindakan yang wajar bagi memerangi rasuah yang kini semakin membimbangkan.

Presidennya, Datuk Kamarudin Abdullah berkata informasi yang disampaikan dalam kuliah itu nanti sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada ahli jemaah masjid.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau sendiri sering memberi penekanan berhubung amalan rasuah setiap kali khutbah Jumaat.

"Malah saya turut membawanya di dalam ceramah dan khutbah Jumaat saya. Ini bertujuan bagi menjentik iman dan takwa seseorang supaya terhindar daripada budaya rasuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, Kamarudin turut menyokong kempen atau gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dari segi aspek iman dan takwa, ia dapat dilihat menerusi cara pendidikan Nabi Muhammad SAW di madrasah.

Iklan

Katanya, sistem pendidikan tersebut telah membawa kejayaan kepada Nabi Muhammad SAW dalam membanteras amalan rasuah selain membina masyarakat bertakwa kepada ALLAH SWT.

"Nabi Muhammad SAW memberi penekanan berhubung kampung akhirat, yang mana penentu kebahagiaan hakiki, hukum syurga neraka.

"Baginda membawa wahyu Ilahi sebagai tarbiah pendidikan. Sistem pendidikan inilah yang telah membawa kejayaan kepada Nabi membanteras amalan rasuah dan membina masyarakat bertakwa kepada ALLAH SWT,” katanya.