Misteri bau busuk terungkai

Iklan
Mangsa ditemui terlentang dalam bilik air.

GEORGETOWN - Misteri bau busuk yang disangka sampah di sebuah rumah akhirnya terungkai apabila seorang lelaki warga asing ditemui dalam keadaan berulat di sebuah apartment di Batu Feringgi, petang kelmarin.

Mayat ditemui orang awam itu dikenali sebagai Bieber Robert Donald berumur 70 tahun.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian jam 6.55 petang.

"Mayat berkenaan ditemui dalam keadaan terlentang di dalam bilik air bilik utama apartment tersebut. Mayat itu didapati sudah berbau dan berulat di bahagian muka.

Iklan

"Pemeriksaan dijalankan ke atas badan mayat dan persekitaran dalam rumah tidak menjumpai sebarang tanda tanda berlakunya perbuatan jenayah," katanya.

Menurutnya, polis menemui beberapa ubat atas nama mangsa dan ubat tersebut diambil untuk diserahkan ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Iklan

"Siasatan dijalankan mendapati mangsa tinggal seorang diri dan pemilik apartment tersebut memberitahu mangsa adalah penyewa jangka masa panjang dan daftar masuk pada 22 Julai lalu.

"Mangsa membuat bayaran bila hendak menyambung sewaan dan kali terakhir simati membuat bayaran pada 26 Disember lalu," katanya.

Che Zaimani berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.