PPZ-MAIWP terima sumbangan RM200,000

Iklan
Dr Zulkifli (tiga dari kiri) bersama tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Misi Pasca Banjir Khaira PPZ 2021 yang diadakan di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima sumbangan bernilai RM200,000 daripada Etiqa Family Takaful Berhad (Etiqa Family) untuk disalurkan kepada golongan yang terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Sabah.

PPZ berkata, Etiqa Family antara syarikat korporat terawal bekerjasama menyumbang barangan keperluan asas menerusi Bakul Rezeki Khaira PPZ.

Iklan
Iklan

Menurut PPZ, PPZ-MAIWP melalui Khaira PPZ turut melancarkan Misi Pasca Banjir Khaira PPZ 2021 bertujuan untuk membantu mereka yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.

”Cakna akan kesukaran yang dihadapi, PPZ-MAIWP bekerjasama dengan pembayar zakat korporat iaitu Etiqa General Takaful Berhad, QSR Brands (M) Holdings Bhd dan Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di negeri Pahang dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM 70,000 yang akan memberi manfaat kepada 300 keluarga.

Iklan

”Pihak Etiqa General Takaful Berhad memberi sumbangan barangan keperluan seperti tilam, katil, tikar getah dan barangan perkakas rumah kepada 300 keluarga. QSR Brands (M) Holdings pula menyumbang baucar KFC bernilai RM100 kepada 200 keluarga dan 200 telekung akan disumbangkan oleh Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd,” kata PPZ dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, Khaira PPZ akan sentiasa aktif menyantuni mereka yang memerlukan dan menyokong agihan zakat yang dilaksanakan oleh MAIWP.

Iklan

"Dalam tempoh yang getir ini pastinya menjadi keutamaan kami untuk sama-sama menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan. Besar harapan kami untuk melihat mereka bangkit semula meneruskan kehidupan.

"Saya menyeru masyarakat, syarikat korporat dan semua pihak menunaikan zakat di PPZ-MAIWP bagi menampung perbelanjaan asnaf yang semakin meningkat,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim berkata, PKP sudah pasti memberi kesan kepada beberapa individu.

Dalam kenyataan sama, PPZ-MAIWP melalui tanggungjawab sosial korporat, Khaira PPZ menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui program Musaadah Covid-19 dan melancarkan tabung berkenaan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Akbar Samon, Zafri; Pengarah Eksekutif Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Mohammad Muhaimin Aminuddin dan Pemangku Ketua Syariah & Pematuhan Halal Syariah & Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings, Hayazi Darus.