Polis pantau kenalan Kuok Koi

Iklan
Kuok Koi pernah dipenjara selama 14 tahun di Macau sebelum dibebaskan pada tahun 2012. Gambar kecil: Abdul Hamid

SHAH ALAM - Ketua kongsi gelap dari China, Wan Kuok Koi disifatkan sebagai seorang yang ganas kerana sering terlibat dalam beberapa siri jenayah kekerasan di Macau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis akan memantau rangkaian kenalan ketua kongsi gelap terbabit di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama kita akan mengesan jika suspek ada membuat sebarang pelaburan atau perniagaan dengan wang haram.

"Polis juga akan menyiasat sekiranya ada usaha oleh Kuok Koi untuk menyerapkan pengaruh gengsterisme di Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Abdul Hamid pada Sabtu mengesahkan PDRM dalam proses mendaftarkan nama Kuok Koi dalam senarai notis merah Polis Antarabangsa (Interpol).

Menurut beliau, Kuok Koi dikesan pernah berada di Malaysia pada tahun 2019 dan tahun lalu atas urusan perniagaan.

Iklan

Antara rekod yang dikesan ketua kongsi gelap itu keluar dari Malaysia untuk ke Hong Kong pada 18 Mac tahun lalu.

Difahamkan satu laporan juga telah dibuat terhadap ketua kongsi gelap itu atas dakwaan penipuan wang sebanyak RM6 juta menyebabkan dia terus menghilangkan diri.

Terdahulu, sebuah portal tempatan yang memetik kenyataan The Straits Times di Singapura melaporkan Kuok Koi dipercayai bersembunyi dan meneruskan operasinya di Malaysia.Lelaki berusia 65 tahun yang lebih dikenali sebagai ‘Broken Tooth’ itu dipercayai dikehendaki PDRM sejak 16 Oktober tahun lalu atas dakwaan gengsterisme dan penipuan wang berjumlah RM6 juta.

Kuok Koi sebelum ini menjalani hukuman penjara 14 tahun di Macau setelah disabitkan kesalahan terlibat kegiatan ah long, pengubahan wang haram dan mengetuai kumpulan penjenayah sebelum dibebaskan pada tahun 2012.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat pula mendakwa Kuok Koi telah mengetuai kumpulan kongsi gelap 14K dan terlibat dalam pengedaran dadah, perjudian haram, pemerasan, pemerdagangan manusia dan kegiatan jenayah lain.