PAMB, Shopee lancar pelan perlindungan penyakit berjangkit

Iklan
Pemegang polisi yang disahkan menghidap mana-mana penyakit berjangkit disenaraikan akan menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000.

SHAH ALAM - Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Shopee bekerjasama melancarkan pelan perlindungan penyakit berjangkit seperti demam denggi, malaria, campak dan demam kepialu.

Pelan perlindungan berkenaan hanya boleh didapati sehingga 18 Februari 2021 di Shopee sempena Jualan Tahun Baharu Cina 2.2.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Pelanggan dan Pemasaran Prudential, Eric Wong berkata, pengguna Shopee boleh membuat carian ‘Prudential Infectious Disease Cover Plan’ di aplikasi Shopee.

Menurutnya, jika pemegang polisi menghidap mana-mana daripada empat penyakit tersebut, mereka akan menerima bantuan tunai sekali gus sebanyak RM1,000.

Iklan

"Bantuan tunai sebanyak RM10,000 lagi akan dibayar jika pemegang polisi meninggal dunia akibat penyakit itu. Dengan bayaran premium sebanyak RM12.50, perlindungan ini sah untuk tempoh setahun dari masa permohonan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Eric berkata, kerjasama berkenaan membolehkan PAMB menyampaikan komitmen syarikat itu untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang mampu dinikmati dan boleh diakses oleh seluruh rakyat Malaysia.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, Shopee berkongsi nilai dan kepercayaan yang sama dengan PAMB.

"Sebagai platform e-dagang, kami berkeyakinan dengan kuasa teknologi untuk menjangkau rakyat di seluruh negara.

"Kerjasama Shopee dan PAMB membolehkan kedua-dua pihak berinovasi dan mengembangkan penawaran kami kepada pelanggan, memastikan nilai tambahan bagi memenuhi keperluan gaya hidup pelanggan yang sentiasa berubah,” katanya.

Beliau berkata, dalam kempen itu seramai 2,800 pengguna pertama yang berjaya mendaftar untuk Pelan Perlindungan Penyakit Berjangkit layak menerima baucar Shopee bernilai RM10.