Papar harga lain, jual harga lain

Iklan
Khalid (dua, kanan) menunjukkan papan tanda harga yang diturunkan selepas operasi hari ini.

KOTA BHARU - Empat peniaga Medan Selera, Stadium Muhammad IV di sini, hari ini dikenakan kompaun selepas didapati memaparkan tanda harga yang mengelirukan.

Mereka dikompaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Elwal Pengguna Kelantan, kerana mengenakan kadar tidak munasabah kepada pengunjung ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Iklan
Iklan

Pengarahnya, Khalid Tik berkata, selepas disiasat, seorang daripadanya mengakui papan tanda harga di kedai makannya tidak pernah diubah sejak beberapa tahun lalu.

"Ada harga kepada pengguna naik sebanyak beberapa peratus tapi peniaga masih mengekalkan papan tanda berkenaan sehingga menimbulkan kekeliruan. Ada juga peniaga beri alasan terpaksa naikkan harga makanan dan minuman kerana kenaikan harga bahan mentah oleh pemborong.

Iklan

"Kami akui berlaku kenaikan harga ikan kerana kekurangan bekalan namun peniaga tidak boleh mengenakan harga secara keterlaluan,” katanya selepas sidang media Operasi Serbuan KPDNHEP di Medan Selera Stadium Sultan Muhamad IV di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan, seramai 25 pegawai membuat serbuan di 12 premis makanan sekitar Kota Bharu dan empat daripadanya didapati melakukan kesalahan penandaan dan harga mengelirukan.

Iklan