Jokowi terima Anugerah Kebebasan Media

Iklan
Jokowi (tengah) memukul tifa, gendang tradisional Maluku ketika upacara perasmian sambutan Hari Media Kebangsaan di Ambon, Maluku, semalam. - Foto: ANTARA

JAKARTA - INDONESIA. Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi telah menerima Anugerah Kebebasan Media atas komitmen pentadbiran beliau melindungi kebebasan media ketika sambutan Hari Media Kebangsaan 2019 di Surabaya, semalam.

Pengerusi Majlis Media, Yosep Adi Prasetyo menyampaikan anugerah itu kepada Jokowi yang telah memegang jawatan tertinggi itu selama lima tahun untuk penggal pertama pemerintahannya.

Iklan
Iklan

"Ia diberikan kepada Jokowi sebagai penghargaan terhadap sumbangannya kerana melindungi semangat kebebasan media sejak lima tahun lalu. Pentadbiran beliau tidak pernah campur tangan dan biarkan segala isu ditangani oleh Majlis Media.

"Beliau memainkan peranan penting dan ia wajar dihargai," ujarnya.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga pernah menerima Anugerah Rakan Media ketika penggal kedua pemerintahannya pada 2014. - Jakarta Post