Longgarkan PKP pilihan terbaik

Iklan
Gambar hiasan.

ESOK seluruh rakyat menunggu pengumuman penting daripada kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk rekod, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan PKP di enam buah negeri berkuatkuasa pada 13 Januari.

Iklan
Iklan

Ekoran itu, pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan. Hanya pergerakan di dalam 10 kilometer radius sahaja dibenarkan.

Selain itu, aktiviti sosial yang melibatkan kumpulan atau beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Iklan

Bagaimanapun, sejak ia dilaksanakan, beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah dilonggarkan bagi membantu sektor ekonomi untuk bernafas semula.

Berdasarkan pemerhatian, pelaksanaan PKP kali ini dilihat sangat jauh berbeza dengan PKP yang dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

Iklan

Pada ketika itu, semua orang begitu bimbang untuk keluar rumah, bukan sahaja kerana takut dijangkiti, malah takut sekiranya ditangkap pihak polis.

Suasana itu sudah jauh berubah kerana SOP yang dilaksanakan pada kali ini lebih terbuka dan membolehkan rakyat dapat keluar rumah. Sebenarnya, bagus juga kerana dapat mengurangkan tekanan.

Walaupun jangkitan Covid-19 pada ketika ini berada pada tahap yang membimbangkan namun langkah untuk melonggarkan PKP juga adalah satu pilihan baik.

Sama seperti langkah PKP Bersyarat yang pernah dilaksanakan sebelum ini yang hanya tidak membenarkan perjalanan rentas negeri sahaja.

Mungkin ini adalah satu daripada cara terbaik untuk menyelamatkan rakyat dan juga negara yang kini berada dalam keadaan tertekan.

Memang ada pihak yang tidak akan bersetuju dengan pandangan ini namun negara perlu membuat pertimbangan yang bijaksana demi kepentingan semua pihak.

Selebihnya kita berserah kepada ALLAH Yang Masa Asa supaya kita semua dijauhi daripada pandemik ini.