Maut dirempuh pemandu terlelap

Iklan
Mangsa maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

GUA MUSANG - Seorang pemandu lori maut apabila motosikal yang dinaiki dirempuh kenderaan dari arah bertentangan di Kilometer 12, Jalan Gua Musang - Kuala Krai, pagi tadi.

Mangsa, Ramli Yusoff, 54, beralamat di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, di sini, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohd Taufik Maidin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi, pemandu kenderaan jenis Perodua Alza, dipercayai terlelap dan terbabas ke laluan bertentangan.

"Pemandu kereta yang juga pelajar, Muhammad Amirul Aiman Muhammad Ashri, 23, beralamat di Machang, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Machang bersama kakaknya, Noor Anna Muhammad Ashri, 33.

Iklan

"Hasil siasatan awal mendapati, tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dipercayai terlelap dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh pengadang jalan di sebelah kanan jalan.

"Akibat pelanggaran itu, kenderaan terbabit hilang kawalan lalu melanggar mangsa yang berada di arah bertentangan," katanya.

Iklan

Tambah Mohd Taufik, akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke atas cermin hadapan kenderaan.

"Mayat dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat," katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.