Islam perlu ambil pendekatan tangani rasuah secara holistik

Iklan
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Agama Islam mengambil pendekatan menangani perbuatan rasuah secara holistik dengan melibatkan semua pihak, bermula daripada individu, masyarakat dan negara, bukannya secara cebisan sahaja.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setiap satu itu saling berkaitan dalam melaksana mata rantai yang tidak putus dan diikat dengan Islam yang sempurna berlandaskan aqidah, syariat, akhlak dan ‘nizam’ (sistem).

Iklan
Iklan

Menurutnya, kegagalan menangani rasuah adalah kerana mata rantai ini diputuskan oleh konsep sekularisme Barat yang memutuskan setiap urusan kehidupan manusia dengan agama.

"Guru agama sahaja yang disuruh bercakap berkenaan hukum haram bagi rasuah dari segi agama. Sedangkan sistem pendidikan, jabatan, undang-undang dan kehakiman terpisah daripada agama.

Iklan

"Maka kegagalan mencegah rasuah itu janganlah disalahkan Islam, tetapi kesalahannya kerana meninggalkan Islam yang sempurna,” katanya melalui hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar takrif rasuah dikaji dari sudut pandangan Islam yang sebenar dengan tidak meletakkan makna rasuah sekiranya sumbangan kepada pihak yang sebenarnya memang memerlukan bantuan dan sumbangan.

Iklan

"Golongan yang menerima sumbangan sama ada individu atau masyarakat umum, bukan untuk tujuan peribadi dan kalangan tertentu sahaja.

"Maka tiada orang yang akan menjadi mangsa akibat kesalahan daripada tindakan undang-undang yang dizalimi, bukan kerana kesalahannya mengikut hukum ALLAH SWT.

"Pada masa yang sama, perlu diambil kira dari segi ekonomi pendapatan atau gaji yang cukup bagi keperluan diri dan keluarga,” ujarnya.