Abdul Aziz Yahya (kanan) dan Mohd Nor Ahmad (kiri) bercucuk tanam di kebun bandar yang diusahakan kebun sejak 2014 ketika tinjauan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua ketika tinjauan di Perumahan Awam Seri Perlis 2, hari ini.
Tanaman seperti cili, kubis, bayam Brazil, kucai, kesum, pegaga, pudina serta banyak lagi bukan sahaja 'mengindahkan' landskap perumahan itu malah mewujudkan komuniti petani moden atau kebun bandar di tengah kesibukan ibu kota.
Kemuafakatan penduduk itu menghidupkan amalan pertanian bandar yang biasanya hanya dapat dilihat di kampung dapat dihidupkan di kawasan kediaman yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur ini. - Foto bernama