Dua OKU antara 184 peserta tilawah al-Quran Kelantan

Iklan
Hasnan Ramli

KOTA BHARU - Dua orang kurang upaya (OKU) bakal memberi saingan dalam Pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Kelantan, bermula esok.

Muhammad Qayyim Nizar Sarami, 21 dan Che Aminah Awang, 64, bukan nama baharu dalam pertandingan ini kerana mereka pernah memasuki pertandingan yang sama malah mendapat tempat di peringkat Kebangsaan, tahun lalu.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Dr Hasnan Ramli berkata, Muhammad Qayyim ialah OKU penglihatan manakala Che Aminah OKU fizikal juga, menjadi peserta termuda dan tertua bagi kategori tilawah kali ini.

"Selain itu, Pertandingan Hafazan melibatkan 165 peserta ini diserikan dengan penyertaan ahli termuda iaitu Puteri Auni Khadijah Mohd Hanif. Murid tahun lima dari Pusat Pengajian Tahfiz Abu Bakar, Tanah Merah itu bertanding dalam kategori hafazan juzuk satu hingga 10 dan tarannum.

Iklan

"Malah Tokoh Tahfiz Lelaki 2018, Abdul Rauf Sapuan, 16, turut menyertai pertandingan sama bagi kategori hafazan juzuk satu hingga 30 beserta tafsir,” katanya.

Menurutnya, penduduk dijemput untuk menyaksikan pertandingan selama empat hari berakhir Khamis ini setiap jam 8.30 malam ini di Dewan Besar Kompleks Islam Darulnaim, Lundang.

Iklan