Ingkar PKP: 21 individu degil dikompaun

Iklan
Anggota polis mengeluarkan kompaun kepada 21 individu di sebuah premis pengurusan mayat di daerah tersebut pada Isnin

BENTONG - Seramai 21 individu dikenakan kompaun RM1,000 seorang pada Isnin selepas gagal mematuhi penjarakan sosial dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, seramai 15 lelaki dan enam wanita berusia antara 14 hingga 75 dikenakan kompaun kira-kira jam 3.30 petang ketika operasi pasukan pemantau SOP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka juga tidak mengikuti SOP 2.0 seperti yang ditetapkan bagi pengurusan kematian dan pengebumian.

"Kesemua mereka telah dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya dalam satu kenyataan,Selasa.

Iklan

Tegasnya, pihak polis telah memberikan amaran berkaitan SOP, namun rondaan kali kedua di lokasi sama masih gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Pihak polis sentiasa menghormati upacara keagamaan yang diadakan, namun perlu mengikut SOP yang ditetapkan," ujarnya lagi.

Iklan