KUALA LUMPUR - Selepas beberapa hari kes baharu Covid-19 mencecah angka melebihi 4,000, jumlah yang dicatat hari ini menyaksikan sedikit penurunan dengan 3,455 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 222,628.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh harian pula adalah 3,661 orang menjadikan keseluruhan sembuh seramai 173,990 kes.