SHAH ALAM - Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa sukar untuk bekerja tanpa gelaran Datuk.
Menurutnya, perkara tersebut merupakan satu fitnah, malah beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Ini adalah satu fitnah. Saya tidak pernah sebut demikian.
"Untuk makluman, di Australia, bukan sahaja pensyarah bahkan juga profesor umumnya dipanggil nama sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Selasa.
Mohd Radzi berkata, beliau mengharapkan agar masyarakat dapat membantu dalam menghentikan fitnah tersebut.
Menurutnya, sekiranya pihak yang menaburkan fitnah terlepas di dunia, namun belum tentu di akhirat akan mendapat perkara yang sama.
Terdahulu, seramai 355 penerima darjah kebesaran bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada Isnin.
Mohd Radzi antara 81 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk termasuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.