Suria KLCC berubah wajah sempena Tahun Baru Cina

Iklan
Elemen taman tradisi Cina bersama hiasan tanglung dan pokok sakura ditransformasikan khas buat pengunjung Centre Court Suria KLCC, Kuala lumpur.

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Centre Court Suria KLCC berubah wajah dengan keceriaan warna merah bagi membangkitkan suasana perayaan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, walaupun dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya tetap berusaha membawakan suasana sambutan berkenaan buat semua pengunjung.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun sentiasa memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sewaktu mengunjungi pusat beli belah berkenaan.

"Centre Court Suria KLCC telah dihiasi dengan elemen taman tradisi Cina bersama hiasan tanglung dan pokok sakura yang pastinya memukau pengunjung.

Iklan

"Ketibaan Tahun Lembu ini akan diraikan bukan hanya transformasi fizikal, malah aktiviti atas talian turut disediakan buat pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Andrew berkata, pada tahun ini, Suria KLCC juga akan menumpukan perhatian kepada nasib petugas barisan hadapan yang berdedikasi dalam memerangi penularan wabak Covid-19.

Iklan

Berikutan itu, katanya, Suria KLCC berbesar hati menyumbangkan barangan makanan bernilai RM15,000 buat para petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh.

"Suria KLCC juga akan terus memantau keadaan semasa bagi memastikan bantuan tambahan ini dapat disumbangkan terus kepada petugas barisan hadapan dan institusi perubatan selepas ini," katanya.

Antara aktiviti dan peraduan atas talian yang dianjurkan oleh Suria KLCC sempena Tahun Baru Cina ini adalah Peraduan Lucky Ox, Share To Win, Tarian Singa Augmented Reality (AR) dan Shoppers Reward Programme.