Kerajaan perlu bantu industri perhotelan agar dapat bertahan

Iklan
Razmi

ALOR SETAR - Kerajaan perlu membantu industri perhotelan di Langkawi agar mereka dapat terus bertahan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal tamat Khamis ini, dilanjutkan sehingga 18 Februari ini.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Kedah dan Perlis, Razmi Rahmat berkata, PKP 2.0 yang diadakan di seluruh negara kecuali Sarawak menyaksikan pulau pelancongan tersebut kembali sepi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebahagian pengusaha hotel di Langkawi telah menghentikan sementara perkhidmatan mereka buat sementara waktu manakala staf pula telah diberikan cuti tanpa gaji.

"Kami mengharapkan agar kerajaan dapat membantu industri perhotelan kerana rata-rata pengusaha sudah nyawa-nyawa ikan. Kami gembira kerana dikhabarkan sebelum ini PKP 2.0 akan tamat pada Khamis namun akhirnya terpaksa dilanjutkan juga.

Iklan

"Sebenarnya, pada Disember lalu keadaan sudah kembali normal dan industri pelancongan kembali hidup selepas rakyat dibenarkan untuk merentas negeri. Namun pelaksanaan PKP 2.0 ini jelas memalapkan kembali industri pelancongan di Langkawi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, kebenaran merentas negeri berjaya merancakkan industri pelancongan dan perhotelan di pulau terbabit walaupun hanya membabitkan pelancong domestik.

Iklan

"Jika tidak membenarkan kehadiran pelancong luar negara tidak mengapa kerana industri pelancongan masih mampu diteruskan dengan kehadiran pelancong tempatan,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 70 peratus sumber ekonomi di pulau pelancongan itu adalah daripada industri pelancongan.