Jamali Shadat meninggal dunia

Iklan
Jamali Shadat

KLANG - [DIKEMASKINI] Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang, pagi Rabu.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Fauzi Jamali, 48, yang memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.15 pagi.

Iklan
Iklan

"Ya betul (meninggal dunia). (Pada jam) 8.15 pagi tadi (Rabu)," katanya kepada Sinar Harian.

Berita tersebut turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri di Facebooknya sebentar tadi.

Iklan

"Dukacita dimaklumkan bahawa Datuk Jamali Shadat telah meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang.

"Perginya seorang seniman. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Iklan

"Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Jamali Shadat," katanya.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan uzur dan perlu bergantung kepada bantuan anak dan menantunya untuk menguruskan diri.

Anak keenam beliau, Fauzi, 48, berkata, bapanya banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibunya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.

Menurutnya, tahap kesihatan dan ingatan Allahyarham yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis juga merosot sejak dua tahun lalu.