Penentang rasuah Rusia dijel hampir tiga tahun

Iklan
ALEXEI NAVALNY - Foto: AFP

MOSCOW - Sebuah mahkamah di Moscow pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara hampir tiga tahun ke atas pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny sekali gus mencetuskan kritikan dari Barat dan desakan yang meminta negara itu membebaskannya dengan segera.

Hakim Natalya Repnikova mengarahkan pemimpin pembangkang tersebut menjalani hukuman penjara tiga tahun dan enam bulan yang dijatuhkan kepadanya pada tahun 2014 dan bukannya ditangguhkan itu setelah didapati bersalah melakukan penipuan, kata seorang wartawan AFP di mahkamah berkenaan.

Iklan
Iklan

Namun, menurut hakim tersebut pelaksanaan jel tersebut perlu mengambil kira jumlah hari tahanan yang beliau telah jalani ketika ditahan di rumahnya akibat kesalahan sama sebelum ini.

Navalny dituduh melanggar syarat parol dengan gagal untuk melaporkan diri kepada beberapa pegawai penjara dan beliau ditangkap di Moscow ketika pulang dari Jerman pada 17 Januari lalu setelah dirawat akibat diracun.

Iklan

Beliau berada di Jerman kerana menjalani rawatan setelah diracun dengan agen saraf Novichok yang didakwanya dilakukan oleh Moscow.

Namun, Navalny berkata, adalah sukar untuk melaporkan diri ketika berada di luar negara tetapi hakim berkata, pemimpin pembangkang itu telah tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat dengan pegawai penjara sebelum beliau diracun.

Iklan

Peguam belanya, Olga Mikhailova berkata, pengkritik dan penentang rasuah itu akan hanya menjalani hukuman penjara kira-kira dua tahun dan lapan bulan.

Pasukan peguam belanya akan membuat rayuan dan Navalny dijangka kekal berada dalam tahanan di Moscow semasa proses merayu hukuman penjara itu dibuat.

Navalny telah menghabiskan masa berada di bawah tahanan rumah selepas sabitan hukuman penjara yang ditangguhkan itu dilaksanakan terhadapnya pada tahun 2014.

Hukuman penjara yang ditangguhkan itu sebelum ini mendapat kritikan daripada Mahkamah Eropah Hak Asasi Manusia. - Agensi