KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyokong supaya nilai kompaun lebih tinggi dikenakan kepada pesalah yang ingkar prosedur operasi standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, cadangan menerusi pelaksanaan pindaan Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 itu bertepatan dengan keperluan semasa termasuk jumlah kompaun maksimum RM1,000 di bawah akta berkenaan.