Palestin mulakan kempen vaksin Covid-19

Iklan
Palestin pada Selasa memulakan kempen vaksinasi Covid-19 dimulakan dengan petugas perubatan. Foto 123RF

RAMALLAH - Palestin pada Selasa memulakan kempen vaksinasi Covid-19 dimulakan dengan petugas perubatan, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan.

Pekerja itu termasuk yang bertugas di unit rawatan rapi (ICU) di pusat perubatan dan hospital merawat pesakit Covid-19.

Iklan
Iklan

Menteri Kesihatan Mai Al-Kaila divaksin di Hospital Hugo Chavez di Ramallah, sementara kakitangan ICU diberikan vaksin Moderna, menurut kementerian.

Kementerian itu menambah kategori kedua adalah rakyat Palestin berusia lebih 60 tahun dan menghidap penyakit kronik.

Iklan

"Kempen ini menggunakan vaksin Sputnik V Rusia, kerana 5,000 dos akan tiba di Palestin dalam beberapa hari, selain 37,000 dos di bawah inisiatif COVAX," kata al-Kaila.

COVAX adalah inisiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memastikan agihan vaksin yang adil dan tersedia buat negara-negara miskin serta berpendapatan sederhana yang tidak memiliki kemampuan menandatangani perjanjian dua hala bagi pra-pembelian vaksin.

Iklan

"Kerajaan Palestin telah membeli vaksin AstraZeneca Britain, dan dijangka tiba dalam masa terdekat.

"Kempen ini akan diteruskan sehingga kita berjaya memvaksin 3.2 juta penduduk, dan ia akan mengambil masa beberapa bulan,” kata menteri itu.

Setakat Selasa malam, jumlah kes Covid-19 di Palestin berjumlah 180,018, termasuk 2,032 kematian dan 169,191 pemulihan, merangkumi Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitulmaqdis Timur. - Bernama