LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli kesemua baki saham dalam FGV Holdings Bhd berjumlah 461,500 unit (kecuali saham perbendaharaan) daripada pasaran terbuka pada RM1.30 bagi setiap tawaran saham.
Dalam kenyataan pada Rabu, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), penasihat utama kepada Felda bagi tawaran pengambilalihan saham FGV, menjelaskan saham itu dibeli pada Selasa.