Bayaran rayuan Geran Khas Prihatin Jumaat ini

Iklan
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran kepada hampir 52,000 pemilik perusahaan kecil dan sederhana (IKS) mikro yang merayu terhadap Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 pada Jumaat.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran itu melibatkan peruntukan sebanyak RM115 juta.

Iklan
Iklan

"Ia akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan GKP 2.0 dibuat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, semakan status kelulusan boleh dibuat mulai Khamis melalui portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.

Iklan

"Jumlah keseluruhan penerima GKP termasuk GKP 1.0 adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan nilai bantuan kewangan RM2.7 bilion," katanya.

Permohonan GKP 2.0 dibuka di bawah pakej rangsangan ekonomi Kita Prihatin merupakan bantuan kewangan secara one off berjumlah RM3,000 kepada PKS yang berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP.

Iklan

GKP 2.0 bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 sekaligus meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.

"Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP atau PKPB," katanya.