Kawalan ketat

Iklan
Kenderaan dilihat berbaris panjang untuk melalui sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membuat kawalan lebih ketat dengan memeriksa semua kenderaan yang menghala masuk ke pusat bandar ketika tinjauan foto BERNAMA di Jalan Kuching hari ini

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dijadualkan berakhir pada 4 Februari ini, dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 Februari depan.

Justeru, pihak berkuasa akan mengambil tindakan lebih tegas tanpa berkompromi selepas 4 Februari ini terhadap mana-mana individu yang mengingkari SOP PKP berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19.