RM293 juta turunkan kadar air tidak berhasil

Iklan
Suhaimi

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memperuntukkan sejumlah RM293 juta bagi meneruskan komitmen jangka panjang dalam mengurangkan kadar purata air tidak berhasil (NRW) tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, RM170 juta diperuntukkan untuk Program Penggantian Paip Lama yang kritikal daripada jumlah itu, manakala RM16 juta penukaran meter lama dan rosak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perancangan rapi dan strategik serta pelaksanaan inisiatif dalaman secara sepenuhnya sejak 2017 akan diteruskan tahun ini dengan sasaran mengurangkan kadar purata NRW sebanyak 0.5 peratus.

Katanya, sasaran itu berjaya dicapai selama tiga tahun berturut-turut sejak 2018.

Iklan

"Air Selangor merangka indeks prestasi utama (KPI) yang perlu dilaksanakan untuk memastikan penurunan kadar NRW 2021 dapat dicapai antaranya Pasukan Pakar Kebocoran dan Pemeriksa Kebocoran Air Selangor perlu mengesan sekurang-kurangnya 78,000 kes paip bocor pada saluran paip pengagihan dalam Program Pengesanan Kebocoran Secara Aktif.

"Air Selangor turut menubuhkan sejumlah 75 District Metering Zones (DMZ) dalam Program Pembentukan Zon Pemeteran Daerah dan melaksanakan penukaran paip lama dan usang terutamanya daripada jenis simen asbestos sepanjang 150 kilometer menerusi Program Penggantian Paip Lama,” katanya pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, Air Selangor juga meneruskan pemasangan sensor pada paip-paip utama yang dianggarkan berjumlah 1,780 sensor untuk mengesan ‘pressure transient’ dan kebocoran pada peringkat awal dan penggunaan 3,000 alat pengesan kebocoran kekal pada paip retikulasi di 60 Zon Pemeteran Daerah.

Katanya, Air Selangor beriltizam mengurangkan kadar NRW ke tahap 25 peratus pada 2025 dan seterusnya ke tahap 15 peratus menjelang 2049.