Insentif KEDA bantu kumpulan sasar

Iklan

LEMBAGA Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sekali lagi mengambil inisiatif membantu individu yang terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 akibat pandemik Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, pihaknya prihatin dengan kesulitan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar di negeri ini mendorong KEDA menyediakan beberapa insentif bagi membantu mereka mendepani kesan Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemberian insentif itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM408,402 meliputi sektor penyewaan premis industri kecil dan sederhana (IKS) serta hartanah milik KEDA dan penyewa beli rumah KEDA.

KU ABD RAHMAN

"Bagi insentif PKP 2.0 tahun ini, seramai 824 penerima melibatkan beberapa kumpulan sasar yang akan menikmati manfaat ini selama tiga bulan bermula Januari,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini.

Iklan

Hadir sama, Pengurus Besar KEDA, Kamarudin Abd Akib serta Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian KEDA, Khairul Azmeer Abu Bakar.

Ku Abd Rahman berkata, pemberian insentif itu juga merangkumi pengecualian sewaan selama tiga bulan kepada usahawan dan syarikat yang menjalankan perniagaan di premis IKS KEDA termasuk bangunan atau bengkel IKS, lot industri dan rumah kedai.

Iklan

"Pemberian insentif lain termasuk pengecualian sewaan selama tiga bulan kepada syarikat atau individu yang menyewa hartanah milik KEDA dan penangguhan bayaran sewaan selama tiga bulan kepada penyewa beli rumah KEDA mulai Januari hingga Mac 2021 kepada penyewa yang layak,” katanya.

Menurutnya, ini adalah kali kedua KEDA mengambil tinda-kan proaktif membantu kumpulan terkesan ketika penularan Covid-19.

Pengusaha-pengusaha kilang di Kawasan Perindustrian KEDA, Napoh di Kedah bersyukur dengan pengecualian sewa premis yang diberikan.

Pada tahun lalu, sebanyak RM834,000 diperuntukkan kepada seramai 864 penerima selama enam bulan.

"Insentif pada PKP 2.0 memanfaatkan seramai 134 usahawan yang merupakan penyewa atau syarikat melibatkan 187 premis, 24 penyewa yang menyewa dan mengusahakan tanah milik KEDA serta 666 peserta sewa beli rumah KEDA.

"Insentif pengecualian sewaan kepada usahawan dan syarikat yang menjalankan perniagaan di premis IKS KEDA sebanyak RM258,582, manakala insentif pengecualian sewaan syarikat atau individu yang menyewa hartanah milik KEDA sebanyak RM11,400.

"Kebanyakan peserta yang menyewa beli rumah KEDA adalah golongan berpendapatan rendah dan penangguhan baya-ran sewa ini melibatkan sebanyak RM138,420,” katanya.

Ku Abd Rahman (tengah), Kamarudin (kanan) dan Khairul Azmeer pada sidang akhbar di Kompleks Ibu Pejabat KEDA di Alor Setar, Kedah.

Beliau berkata, secara keseluruhan terdapat 12 buah Perumahan Tradisional Desa KEDA di tujuh daerah melibatkan 1,227 unit rumah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Darulaman Manufacturing Sdn Bhd, Jamaludin Mat Piah yang merupakan usahawan KEDA bersyukur atas penge-cualian sewaan tersebut kerana dapat membantu pihaknya mengekalkan cairan tunai dan terus beroperasi ketika situasi ekonomi belum pulih sepenuhnya.

JAMALUDIN

"Penjimatan kos itu digunakan untuk modal pusingan seperti membeli bahan mentah, seterusnya merancakkan semula ekonomi. Pada PKP lepas, kami terkesan dan jualan sebahagian pengusaha merosot lebih 30 peratus menyebabkan aliran tunai terganggu,” katanya yang merupakan penyewa di Kawasan Perindustrian KEDA Napoh sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, tindakan di-ambil KEDA itu membolehkan pengusaha memiliki aliran tunai agar dapat beroperasi, selain mengelak industri gulung tikar.

Pengerusi 4P Desa KEDA Lahar Tunjung di Pendang, Che Ani Abdullah, 63, pula menyifatkan pemberian insentif KEDA dapat mengurangkan beban kewangan penduduk yang kebanyakannya penoreh, pesawah dan bekerja sendiri.

CHE ANI

"Pendapatan penduduk terjejas akibat Covid-19. Apabila tidak perlu membayar sewa selama tiga bulan, kami boleh menggunakan wang itu untuk keperluan harian lain termasuklah persekolahan anak-anak,” katanya.