Doktor cedera digigit harimau

Iklan
Detik cemas seorang doktor digigit harimau ketika menyuntik ubat bius pada badan haiwan berkenaan di Zoo Jiaozou. - Foto Daily Mail

JIAOZOU - Seorang doktor haiwan cedera selepas kaki kanannya digigit seekor harimau ketika merawat haiwan tersebut dalam kejadian di sebuah zoo di China.

Beberapa media tempatan melaporkan, haiwan itu bangun secara tiba-tiba semasa menerima rawatan walaupun telah disuntik ubat bius pada badannya, lapor Daily Mail.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku di Zoo Jiaozou Wilayah Henan, China dan rakaman video berdurasi satu minit 28 saat mengenai insiden itu tular serta mendapat perhatian warga maya.

Dalam rakaman tersebut, sekumpulan lelaki kelihatan bergelut untuk menarik seorang doktor dari mulut haiwan yang berada di dalam sangkar.

Iklan

Rakaman itu juga menunjukkan tiga lelaki membawa doktor berkenaan ke tempat selamat untuk merawat kecederaan dialaminya.

Difahamkan, harimau itu dipindahkan ke dalam sangkar kerana perlu menjalani rawatan akibat mengalami radang di perut dan usus.

Iklan