'Jangan bimbang, UMNO, BN tak amal politik kebencian'

Iklan
Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta orang ramai supaya jangan bimbang kepada Barisan Nasional (BN) kerana parti itu tidak mengamalkan politik ‘barbaric’, kebencian dan dendam.

Ahmad Zahid berkata, UMNO dan BN juga tidak menganiaya dan menzalimi lawan mereka hanya kerana berbeza fahaman politik kerana mahu kekal berkuasa.

Iklan
Iklan

"UMNO dan BN bersaing dengan ideologi, hujah dan fakta. Dengan perkhidmatan. Demi apa yang terbaik kepada rakyat untuk rakyat.

"Justeru, tidak perlu khuatir dengan kebangkitan sepenuhnya UMNO dan BN nanti. Tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Iklan

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menambah, sekiranya ditakdirkan ada sebarang perkara berkaitan perundangan, ia semata-mata berlandaskan keluhuran Perlembagaan.

"Tidak usah resah dengan istilah ‘what you give, you get back’ (apa yang anda berikan, anda akan terima semula). UMNO dan BN serta ahli-ahlinya sangat profesional dan ‘gentleman’.

Iklan

"Doa yang baik-baik sahaja,” katanya.