Parah tercampak dari kereta

Iklan
Gambar dari video yang tular menunjukkan seorang lelaki jatuh dari kereta.

KUALA LANGAT - Seorang lelaki parah selepas tercampak dari sebuah kereta yang sedang bergerak laju berdekatan jambatan di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, Khamis lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa, Lim Hock Lai, 35, kritikal dan tidak sedarkan diri kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati adik mangsa memaklumkan ada menerima panggilan dari Hospital Banting mengenai kejadian itu, jam 1 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, pengadu dimaklumkan abangnya sedang dirawat di wad kecemasan.

Iklan

"Pada waktu itu, pengadu turut melihat kiriman video melalui aplikasi Whatsapp yang menunjukkan kejadian seorang lelaki dipercayai abangnya tercampak keluar dari sebuah kereta yang belum dikenalpasti jenis dan nombor pendaftarannya.

"Rakaman menunjukkan kereta itu terus memecut laju meninggalkan mangsa di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Azizan berkata, pengadu turut memaklumkan tidak mengenali pemandu kereta berkenaan.

"Motif kejadian masih belum dikenalpasti memandangkan pengadu tidak mengetahui abangnya keluar dengan siapa ketika kejadian.

"Pemandu kereta berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat 03-31872222

Terdahulu, rakaman video, mangsa jatuh dari tempat duduk penumpang depan sebuah kereta dan tercampak di tepi jalan ketika kenderaan itu masih bergerak laju tular di media sosial. Kereta itu tidak berhenti dan meneruskan perjalanan.