Lingard sudah mampu cetus impak

Iklan
Lingard menjaringkan dua gol pada debut pertamanya bersama West Ham selepas dipinjamkan daripada Manchester United.

BINTANG 'buangan' Manchester United, Jesse Lingard mengakui gembira dapat membantu West Ham mencipta kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Khamis.

Lingard berkata, dia tidak menyangka dapat menyumbang dua gol pada perlawanan tersebut yang menjadi aksi sulungnya bersama The Hammers sejak berhijrah dari Old Trafford.

Iklan
Iklan

"Tiga mata merupakan perkara paling penting dalam setiap perlawanan. Pasukan perlu bekerja keras secara kolektif untuk terus mencipta kemenangan.

"West Ham pasukan yang hebat dan apa yang lebih penting ialah saya mampu untuk menyesuaikan diri dengan cepat. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sedia membantu.

Iklan

"Kami mempunyai hubungan dan persefahaman yang baik ketika sesi latihan. Situasi itu memudahkan tugas lagi saya dengan kelab baharu ini (West Ham).

"Saya sudah mula mendapat minit permainan dan sudah tentu saya cukup gembira apabila dapat menjaringkan gol pada perlawanan pertama selepas menyertai kelab baharu,” katanya.

Iklan

Awal minggu ini, Lingard secara rasmi dipinjamkan ke West Ham selepas dia terpaksa berdepan persaingan sengit bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama The Red Devils.

"Ini adalah aksi pertama yang menarik buatnya (Lingard). Bukan sekadar menjaringkan gol, malah dia juga membuatkan pasukan dapat memperagakan aksi yang lebih baik,” kata pengendali West Ham, David Moyes.